TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MELAKA
TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH

mewarisi kegemilangan masa lampau, Melaka kini merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka mempunyai pelbagai lagenda, monumen-monumen dan artifak-artifak yang berusia lebih 500 tahun.

Sebagai pusat pertemuan antara timur dan barat, Melaka mempunyai kebudayaan dan sosial masyarakat yang unik berasaskan sejarah negeri ini. Percampuran senibina barat dan tamadun masyarakat timur telah menghasilkan panorama yang menakjubkan didaerah ini. Anda boleh merasakan penyatuan kegemilangan lampau dan kemodenan masa kini bergabung membentuk satu suasana sejahtera dan harmoni.