MAKAM BERSEJARAH
MAKAM HANG JEBAT

Melaka-Sahibul Hikayat

Makam Hang Tuah

Makam Hang Jebat

Makam Hang Kasturi

Makam Dol Said

Makam Tun Teja

Kota A Famosa

Perigi Hang Li Poh

Kota Belanda

Juara dalam menegakkan keadilan yang mati dalam tragedi. Hang Jebat telah dibunuh oleh Hang Tuah dalam pertempuran selama tiga hari riga malam. Beliau mengamuk selepas cedera ditikam oleh keris Hang Tuah, "Taming Sari". Hang Jebat dianggap menderhaka oleh Sultan dan Hang Tuah walaupun demi menuntut bela Hang Tuah yang telah dihukum bunuh untuk kesalahan yang tidak dilakukannya.

Pertempuran antara Hang Tuah dan Hang Jebat telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dari segi moral dan peradaban masyarakat Melayu.

Persoalan yang terus diperbincangkan ialah penentangan Hang Jebat kepada kesultanan Melaka, satu tindakan yang melampaui zamannya dan kesetiaan Hang Tuah yang tidak pernah berbelah bagi ke atas sultannya. Kata-kata Hang Jebat yang menjadi sebutan hingga ke hari ini ialah "Raja Adil, Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah".

Kembali ke tempat-tempat bersejarah