SEJARAH NEGERI MELAKA

MELAKA-HASIBUL HIKAYAT

Melaka-Sahibul Hikayat

Makam Hang Tuah

Makam Hang Jebat

Makam Hang Kasturi

Makam Dol Said

Makam Tun Teja

Kota A Famosa

Perigi Hang Li Poh

Kota Belanda



Mengimbas semula masa lampau, Melaka merupakan sebuah negeri yang sangat masyhur dan terkenal di rantau asia Tenggara. sejarah Melaka bermula dengan lagenda pelanduk berlawan dengan anjing buruan seorang putera raja.

Pada awal tahun 1400, seorang putera raja dari Sumatera/Palembang bernama Parameswara, mengembara dari negeri Baginda untuk mencari kawasan baru yang lebih baik.

Baginda sampai disebuah tebing dan melihat kejadian di mana seekor pelanduk berjaya menendang dan mengalahkan anjing buruannya, dan berasakan betapa beraninya haiwan tersebut.

Ekoran daripada kejadian tersebut beliau menganggap ianya adalah satu petanda menunjukkan kebesaran dan kesucian kawasan tersebut. Baginda terus menamakan kawasan itu sebagai Melaka sempena pohon di mana baginda berehat dan menyaksikan kejadian ajaib itu.

Lama kelamaan Melaka berkembang dengan pesat dan popular sebagai sebuah pusat perdagangan serta menarik ramai orang luar datang ke situ. Semenjak itu Melaka terus gemilang dan makmur.

Kembali ke tempat-tempat bersejarah